You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Vuvuzela Diharamkan Oleh FAM

MULAI perlawanan Piala Malaysia malam ini, tiada lagi tiupan vuvuzela atau airhorn dibenarkan ditiup dalam kawasan stadium seluruh negara.
Larangan pengharaman ini berkuat kuasa serta-merta dan satu surat akan dihantar kepada pihak stadium dan persatuan negeri masing-masing.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, pihaknya menerima aduan dalam satu mesyuarat minggu lalu.

"Terdapat beberapa persatuan negeri seperti Pahang yang mengadu bunyi bingit tiupan vuvuzela di stadium.
"Saya akui dan ia memang mengganggu jurulatih, pemain, pegawai dan pihak media dalam menjalankan tugas," katanya.
Menurut Hamidin, saingan suku akhir, separuh akhir dan final pastinya tiada lagi kedengaran tiupan berkenaan dan akan berkuat kuasa bagi kempen Liga Malaysia musim 2013.

Sumber : Sinar Harian

Admin : Sebenarnya, aku rasa patut sudah lama diharamkan,memekak je time nak tengok bola. Orang bayar mahal-mahal bukan nak dengar bunyi vevezela itu. Buat apa lar kita nak tiru gaya negara lain?cuba reka satu trademark sebagai fan bola sepak di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia