You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Kegemilangan Lazio Dalam Kancah Series A (Forza Lazio)


Assalamualaikum, di sini Sha nak share sikit pasal bola, dan khas kepada peminat liga Itali. Kisah yang agak menarik untuk diambil tahu oleh semua.

13 tahun yang lalu, Serie A 1999/2000 sampai ke penghujung. Berbaki satu perlawanan, Juventus mendahului carta dengan 71 mata, diikuti Lazio di tangga kedua dengan 69 mata. Juventus hanya perlu menang perlawanan terakhir bagi mengesahkan kejuaraan Scudetto. Manakala Lazio juga perlu menang di samping mengharakan Juventus kalah.

Juventus menentang Perugia di tempat lawan, manakala Lazio bertemu Reggina Calcio di Stadium Olimpico.

Takdir penentu segala. Stadium Renato Curi, laman Perugia mengalami hujan lebat. Perlawanan yang diadili oleh Pierluigi Collina dimulakan lewat kira-kira sejam.

Memandangkan, Lazio berjaya menewaskan Reggina 3-0, mereka mengharapkan Juventus tewas. Suasana stadium masih bungkam. Pemain-pemain Lazio di bilik persalinan berdebar menunggu keputusan sambil mendengar ulasan perlawanan daripada radio.

Minit ke-50, pemain Perugia, Alessandro Calori, gol tunggal perlawanan, dan Juve gagal untuk bangkit. Tamat perlawanan, Juve tewas, kekal dengan 71 mata, manakala Lazio memintas ke kedudukan pertama dengan 72 mata.

LAZIO mencatat sejarah tersendiri. Kejuaraan liga kedua dalam sejarah kelab. Juventus terpaksa menelan kepahitan. a

Kejayaan Lazio waktu itu banyak didorong oleh beberapa faktor, antaranya adalah pengurus Sven-Goran Eriksson, dan skuad Lazio sendiri yang dibarisi pemain-pemain hebat, berbakat dan berpengalaman.

Ini barisan pemain-pemain Lazio (phewww.....) :

Alessandro Nesta, Roberto Mancini, Fabrizio Ravanelli, Juan Sebastián Verón, Diego Simeone, Emanuele Concetti, Luca Mondini, Fernando Couto, Paolo Negro, Alen Bokšić, Néstor Sensini, Sérgio Conceição, Siniša Mihajlović, Marcelo Salas, Giuseppe Favalli, Pavel Nedvěd, Giampiero Pinzi, Gasperino Cinelli, Matías Almeyda, Dario Marcolin, Stefano Di Fiordo, Luca Marchegiani, Marco Ballotta, Simone Inzaghi, Dejan Stanković, Guerino Gottardi, Attilio Lombardo, Giuseppe Pancaro.


Ini sedikit video berkenaan kejayaan Lazio ketika itu, Forza Lazio!!


Kredit : Retro Bola Sepak ( Sila Like) *Tolong promote :D

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia