You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2012 PERINGKAT SUKU AKHIR PUSINGAN 1 DAN 2


Adalah dengan segala hormatnya mengenai perkara di atas, disertakan kedudukan Pasukan-Pasukan yang layak ke Peringkat Suku Akhir dan Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir seperti berkembar.

Terdapat perubahan tarikh-tarikh Perlawanan Peringkat Suku Akhir seperti berikut:


1. Perlawanan Bil. 49 di antara Pasukan Pahang melawan Pasukan Lions XII FC dan Perlawanan Bil. 52 di antara Pasukan Johor FC melawan Pasukan Selangor akan dimainkan pada 25 September 2012 kerana tarikh pelepasan Pemain Pasukan Kebangsaan adalah pada 21 September 2012; dan Pasukan Lions XII FC serta Pasukan Selangor akan bermain di dalam Pertandingan Piala Sultan Selangor 2012 pada 29 September 2012.


2. Perlawanan Bil. 51 di antara Pasukan ATM melawan Pasukan Negeri Sembilan akan bermain pada 28 September seperti yang dijadualkan.


3. Perlawanan Bil. 50 di antara Pasukan Kuala Lumpur Felda United FC melawan Pasukan Kelantan akan bermain pada 29 September 2012 kerana Pasukan Kelantan akan bermain di dalam Perlawanan Peringkat Suku Akhir Pertama dan Kedua, Pertandingan Piala AFC 2012 pada 21 dan 25 September 2012.


4. Tarikh-tarikh bagi Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua adalah seperti berikut:


4.1 Jika Pasukan Kelantan layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFC 2012, maka semua Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua Piala Malaysia 2012 iaitu Perlawanan Bil. 53, 54, 55 dan 56 akan dimainkan serentak pada 5 Oktober 2012.


4.2 Jika Pasukan Kelantan tidak layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFC 2012, maka semua Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua Piala Malaysia 2012 iaitu Perlawanan Bil. 53, 54, 55 dan 56 akan dimainkan serentak pada 2 Oktober 2012.


4.3 Tarikh Perlawanan Suku Akhir Peringkat Kedua dan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 akan dimaklumkan pada 26 September 2012.


4.4 Oleh yang demikian, Pasukan-Pasukan yang akan bermain pada Perlawanan Kedua Peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2012 hendaklah membuat tempahan venue pada 2 dan 5 Oktober 2012.


sumber: Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia