You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Takdir yang Menentukan Segala-galanya; Apa itu Takdir?


Kehidupan kita sering saja diuji oleh pelbagai masalah,sampai kadang-kadang nak putus asa rasanya. Semua ini telah ditentukan oleh takdir daripada Ilahi. Kita mesti menerima dan teruskan hidup, dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Cuba kita renungkan balik apa itu takdir sebenarnya?

Takdir ibarat satu pelan kasar yang disediakan Allah pada seseorang. Seorang akitek akan melukis draf pelan sebuah bangunan. Akitek atas kepandaiannya melakarkan yang terbaik mengikut kehendak pemaju. Apa yang dilakarkan itu bolehlah dikatakan takdir.

Kontrakter yang membuat bangunan itu akan mengikut pelan tersebut, tetapi pemaju masih boleh membetulkan jika difikirkan kurang cantik. Namun kalau dia hendak ubah yang asas dia perlu bertanya pandangan kepada akitek. Pemaju adalah ibarat manusia yang mengubah apa yang difikirkan perlu, namun dia perlu juga berdoa meinta restu Allah.

Sebenarnya Allah takdirkan manusia empat perkara; bahagia atau deritanya, rezekinya, ajalnya, dan amalannya mengikut kehendak manusia (berdasarkan pengetahuan Allah mengenai manusia tersebut), sama seperti pemaju di atas. Sewaktu hidup manusia dibekalkan akal fikiran dan diutaskan rasul untuk membimbing manusia itu. Berdasarkan itu, manusia itu boleh menukar mana yang difikirkan baik untknya. Tetapi kalau yang melibatkan asas dia perlu berdoa minta restu Allah. Allah yang tidak zalim akan mendengar rayuan manusia. Allah suka hambanya yang selalu berdoa kepadanya.

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia