You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Vietnam jadikan Malaysia sebagai 'Model' bagi Timba Pengalaman

PENOLONG jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan menganggap perlawanan menentang Malaysia esok adalah satu peluang untuk pasukannya menimba pengalaman.

Katanya, perlawanan itu juga membolehkan beliau mempelajari rentak permainan skuad kebangsaan untuk dijadikan  contoh dalam  mempersiapkan diri menghadapi  saingan Piala Suzuki AFF, November ini.

"Berdasarkan perlawanan lalu (Sukan Sea 2011 dan Piala AFF 2010), kami langsung tidak berjaya mengatasi kehebatan pasukan Malaysia.

"Malah, status Malaysia sebagai juara bertahan dan juga pemenang pingat emas di Sukan Sea menjadikan Malaysia sebagai contoh buat kami," katanya ketika sidang media perlawanan Persahabatan menentang Harimau Malaya di Wisma FAM, hari ini.
Pada masa sama, meskipun menjadikan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal sebagai contoh, namun skuad Vietnam yang turun tanpa tonggak utama, Viet Chuong yang cedera diyakini mampu melakukan perubahan memandangkan mereka kini dibawah kendalian jurulatih baru.

"Kami mungkin masih belum berada ditahap yang terbaik seperti Malaysia.

"Tapi kami yakin skuad Vietnam mampu memberi aksi terbaik dan tentangan sengit dalam perlawanan itu nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Rajagobal, jurulatih Harimau Malaya pula berkata, beliau enggan meletakkan sebarang sasaran pada perlawanan esok.
Sebaliknya, beliau hanya ingin melihat peningkatan prestasi anak buahnya agar berada di tahap terbaik bagi mempertahankan juara Piala Suzuki AFF.
"Saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada pemain dengan meletakkan sebarang sasaran.

"Bagi saya apa yang penting, pemain perlu menjadikan perlawanan ini untuk meningkatkan prestasi  bagi  menghadapi saingan Piala AFF nanti.

"Apa-apa pun, saya yakin dengan persembahan pemain sekarang," katanya yang telah bersedia untuk menghadapi Vietnam malam esok.(Malam ini)

Sumber : Sinar Harian

#Harapan aq ialah harap-harap Malaysia dapat mempamerkan persembahan yang konsisten, berikan keyakinan kepada penyokong bahawa tahun ini kita dapat memenangi Piala AFF.

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia