You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Kisah di Hari Graduasi


Kisah ini telah aq tulis waktu aq lepas SPM dan dipublish dalam group alumni aq dan kali ini aq tulis lagi dalam bentuk yang baru. Harap dapat memberi impak kepada semua.:)


Pada hari tersebut lar aq menangis,nak taw sebabnya?Sebenarnya bukan berlaku pada majlis graduasi itu,ia berlaku pada hari tersebut saja tapi biar aq mula dari awal.Waktu pagi lebih kurang pukul 8 pagi, semua graduan beratur di luar dewan sebelum msuk,saat2 tu la yang seronok bila melihat wajah kawan-kawan yang gembira sebab parent datang.Parent aq datang lewat sikit,aq harapkan parent aq datang awal supaya diorang dapat tengok perarakan graduan masuk.

Sambil-sambil tengah tunggu jer,aq cuba menenangkn kawan aq.Seingat aq Nurul Wani kalau x silap aq,dia sedih parent dia x dapat datang tapi masih mengharapkan parent dia datang,letih aq duk ambil hati dia,biasa lar aq ni x boleh tengok kawan-kawan yang tertekan atau susah hati.Akhirnya parent aq datang jugak,hppy glewh.Lepas itu semua graduan pun masuk.Majlis graduasi tersebut best gile,mana x best dah aq dapat anugerah pengetua,mesti la bangga sebab dapat buat parent aq bangga tapi kesian gak kat kawan-kawan yang result kurang memuaskan,nak buat macam mana dah xde rezeki.Diakhir majlis tersebut ktaorang semua snap2 la dulu,ambil pic sna-sni.

Sebenarnya majlis graduasi diadakan sekali dengan majlis restu,jadi ibu bapa diminta join sekali dekat surau.Majlis tu diadakan selepas Zohor tapi malang sekali parent aq x dapat join sebab ayah aq cuma sewa kereta je nak datang ke maktab,jadi x boleh la lama-lama sebab nanti kena bayar lebih.Keluarga aq sebenarnya orang susah.Parent aq cuma pernah bayar yuran untuk aq waktu pendaftaran form 1 & pendaftaran form 4, lepas itu semua guna duit aq sndri,termasuk la wang saku tapi nasib baik la aq dapat bantuan kewangan MARA,boleh la 50 ringgit sebulan.Waktu form 4 memang cukup,tapi waktu form5 duit tu x cukup gile,beli buku latihan lar,bayar duit baju pulak,jadi hutang dobi aq tertunggak sampai la habis sekolah.

Jadi aq dekat sini nak minta maaf dekat kawan-kawan aq yang selalu ajak aq pergi cafe la,ajak outing,beli burger waktu SPM,sebenarnya bukan aq malas or x mahu or kenyang tp duit aq memang dah kering.Sorry yer sahabat-sahabat aq,Tamimi,Klon(Ashraf),Ikhmal,Kay.Aq bayar hutang dobi waktu ambil result la,macam kawan-kawan yang lain la,betul dak?hu3.

Sambung cerita balik,sebelum parent aq balik aq akan cium pipi mak & ayah aq,macam biasa aq buat dari kecil dan akan keluar 1 soalan dari mak aq yag sama disebut setiap kali parent aq datang melawat aq,"angah ada duit dak?" dan jawapan sama jugak aq sentiasa beri "duit angah da lg....da la dlm RM....".Tapi sekurang-kurangnya aq x bohong,dah dalam dompet aq da duit seringgit lama,yang 2 pun dikira ada duit jugak,betul dak?Tapi waktu itu bukan macam kebiasaan,aq terdesak sangat nak beli buku untuk SPM,duit baju badge.Jadi terkeluar jawapan yang lain sikit dari yang lain,"duit dah kurang laa...maa(panggilan mak bagi orang klatan) ada dak dalam 20 ringgit..?"Jadi mak aq pun kasi lar then, parent aq pun pulang.

Lepas itu aq terus bersiap-siap untuk majlis restu.Semua parent & pelajar diberi buku yassin & botol air.Mula-mula semua sembahyang Zohor berjamaah.Lepas itu ada bacaan yassin,habis itu ada lar ucapan pendek dari pengetua,Azizi,cikgu Zai,Imam then semua pelajar diminta bermaaf-maafan dengan parent...mula-mula bila aq tengok kawan-kawan yang lain bermaafan,aq jadi sebak sangat tapi aq tahan jer air mata ni sebab nak buat macam mana parent aq x boleh datang.Aq cuma bermaafan dengan cikgu-cikgu yang ade.
Aq pernah jadi player rugbi maktab (sekadar hiasan)

Habis itu semua parent & pelajar boleh buat hal masing-masing.Semua keluar dari surau,tinggal cuma aq,Ustaz Omar,Omar Habiballah,diaorng tengah lipat sejadah kalau x silap aq,nak buat macam mana semua belah macam itu jer.Aq sambil memegang surat yassin duduk berhampiran rak al-Quran dkt dengan tiang,aq akhirnya menitiskan air mata yg x henti-henti,aq rasa bersalah sangat bila teringat aq telah minta duit dekat mak aq.Memang la mak aq boleh kasi tapi dengan duit itu boleh la mak aq nak sara hidop sikit-sikit.Aq menangis sangat-sangat,dah xde orang dekat situ.

Baru aq sedar ada ramai lagi budak perempuan dekat belakang,jadi aq mesti cover,aq bangun terus pergi lipat sejadah yang bertaburan dekat lantai.Berakhirnya hari tersebut telah memberi pengajaran kepada aq supaya jangan susahkan mak ayah aq walaupun sekali.Aq dekat sni nak nasihatkan kawan-kawan,belajar la betul-betul ingat dekat mak bapak kita yang besarkan kita dari kecik sampai besar.Jangan susahkan mereka,senangkan lah mereka.

Aq sentiasa pegang prinsip ini,sebenarnya aq ada banyak tapi yang salah satu yang ada kaitan dengan cerita aq
"Jangan ingat kita hebat sangat sebab ada yang lebih hebat dari kita & jangan ingat kita susah sangat sebab ada yang lagi susah dari kita."
Selamat berjaya kawan-kawan dekat IPT,IPG,Matrik or else,harap cirite ini dapat jadi dorongan dekat korang....^_^
 Thankz kerana sudi baca...

0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia