You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Pawagam : KIL, Kenapa Kurangnya Sambutan Daripada Penaja atau Penerbit ?


Assalamualaikum para pembaca blog sha, lama gila xtulis blog ni. Makin berhabuk nampaknya.

Kali ni Sha nak kongsi sedikit pendapat sha tentang 'movie' Melayu yang berjaya menarik hati Sha. Sha ucapkan taniah kepada Nik Amir Mustapha kerana berjaya mendapat daripada Sha. *nampak dak poyo di situ.he3.

Disini Sha nak kasi sebab-sebab kenapa cerita KIL ni kurang sambutan. :)

Idea
Dari segi idea cerita KIL ni agak menarik kerana susah nak jumpa cerita Melayu macam ni, taraf idea yang dikemukan ini setanding dengan cerita-cerita Hollywood. :)

Pelakon
Cerita KIL ini dibintangi oleh Redza Minhat sebagai Akil dan Cristina Suzanne sebagai Zara ( serius lawa beb). Kebanyakan watak-watak dalam cerita ni hanya muncul sekejap-sekejap ja tapi yang menariknya tentang cerita ini, watak Akil dan Zara ni la yang menjalankan cerita ni orang putih kata 'character given' punya style.

Skrip
Perkara inilah yang paling menarik minat Sha terhadap KIL ni. Sebabnya boleh kata semua skrip-skrip yang dilemparkan dalam cerita memberi senyuman terhadap Sha. X faham? pergi tengok dulu baru tahu kenapa. Setiap percakapan atau skrip yang terdapat dalam cerita KIL ni 'bersahaja' dan anda semua pasti dapat merasai 'moment' dalam setiap babak.

Plot
Dari plot pulak, juga agak menarik sebab penonton tidak tertanya sangat tentang tujuan cerita KIL ni. Terdapat juga unsur-unsur yang 'suspen' atau unsur yang tidak dijangka yang pasti menambah rating cerita KIL ni.


Yang itu je lah perkongsian Sha tentang cerita KIL ni, tapi yang sedihnya cerita ni xsilap sudah siap dua tahun lepas(2011). Kalau tengok tarikh post trailer dalam youtube memang macam 2 la. Mungkin pengarah susah hendak mendapat penerbit yang berani mengambil risiko KIL ini. Kalau tengok penaja pon hanya ada empat penaja, itu pun tidak terkenal sangat. Kata nak memajukan industri perfileman negara, tapi producer sendiri xberani ambil risiko umtuk menayangkan cerita KIL ni.

Sha harap anda semua sependapat macam Sha jugak, so sesiapa yang belum tengok cerita KIL ni, pergi sekarang!! Rugi kalau xtengok, support industri perfileman Malaysia. Sesiapa yang nak kongsi pendapat, boleh je komen di bawah. :D

Ini dia lagu untuk filem ini RAPUH by Pesawat


2 comments:

  1. wah..tu la pasal..tengok iklan kat TV suspens je. nak tengok la pas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi xtgok, kesian kat diorang, dari tahun 2011 nak release filem ni tp xckup budget.

      Delete

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia