You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Piala AFF Suzuki 2012 : Persoalan Akan Terjawab...


Ahad ini MALAYSIA akan bertemu THAILAND pada 1st leg separuh akhir Piala AFF Suzuki . 

Sudah pasti Harimau Malaya mahukan kemenangan selain dengan bekalan yang lebih selesa sebelum berkunjung ke Bangkok pada 13 Disember nanti. 

Mengikut rekod Piala AFF,Malaysia telah bertemu Thailand sebanyak 8 kali di mana Malaysia hanya mencatatkan 2 kemenangan,2 seri dan kalah selebihnya. 

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Thailand ialah pada edisi 2004 di Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1 manakala Thailand kali terakhir menumpaskan Malaysia ialah pada edisi 2008 dengan jaringan 3-0. 

Pertemuan terakhir kedua-dua team ialah pada edisi 2010 di mana kedua-dua team seri 0-0. 

Thailand merupakan favourite untuk pertemuan pada kali ini.Pun begitu,bukanlah mustahil bagi Malaysia untuk mencipta kejutan. 

Malaysia seharusnya mengambil semangat team Malaysia 2002 dan 2004 di mana Malaysia berjaya menumpaskan Thailand pada group stage dengan kejayaan 3-1 dan 2-1.Anehnya Thailand ketika itu hadir pada kedua-dua edisi dengan status DEFENDING CHAMPION. 

Team Malaysia ketika itu adalah weaker berbanding team yang ada sekarang tetapi semangat Malaysia ketika itu wajar dicontohi oleh anak buah Datuk K.Rajagobal sekarang. 

Team Thailand ketika edisi 2002 dan 2004 yang ketika itu turut dibarisi oleh WOORAWOOT SRIMAKA (bekas player import Kelantan 2002-2004) dan KIATISAK SENAMUANG (bekas player import Perlis 1998) adalah jauh lebih hebat berbanding team Thailand masa kini.Secara logiknya,Malaysia mampu meraih kemenangan. 

Agak menarik,kedua-dua kemenangan yang dicatat oleh Malaysia ke atas Thailand di Piala AFF adalah di saat Malaysia dilatih oleh coach import iaitu ALLAN HARRIS (2002) dan BERTALAN BISCKEI (2004).Kesemua coach tempatan seperti WAN JAMAK HASSAN (1996),ABDUL RAHMAN IBRAHIM (2000),NORIZAN BAKAR (2006),B.SATHIANATHAN (2008) serta DATUK K.RAJAGOBAL (2010) sendiri gagal menewaskan Thailand. 

Mampukah Datuk K.Rajagobal menjadi coach tempatan pertama yang mampu menumpaskan Thailand? 

Marilah kita sama-sama mendoakan untuk kemenangan yang lebih selesa buat Harimau Malaya pada Ahad ini.



0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia