You Follow Me, I'll follow back. ^_^ V


Kesetiaan Khyril Muhymeen demi Hijau Kuning



Biarpun skuad Kedah bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan, Khyril Muhymeen Zambri tetap tidak berganjak dan melahirkan perasaan taat setianya untuk kekal di bumi Jelapang Padi.

Khyril yang lebih dikenali sebagai KM18 dalam kalangan peminat setia Kenari berjanji mengangkat kembali bekas juara berganda musim 2007 dan 2008 itu beraksi semula di Liga Super 2014.

Musim ini, Kedah yang dibimbing jurulatih kelahiran Croatia, Mario Tot menamatkan saingan liga di tempat kedua tercorot dan tumpas dalam aksi final kelayakan play-off kepada Pahang.

Tolak tawaran Kelantan, Johor

Meskipun dilimpahi tawaran lumayan dari pasukan juara treble musim ini, Kelantan dan skuad berbelanja besar, Johor, keputusan Khyril tetap sama.

Sudah tujuh tahun berkecimpung dalam sukan bola sepak dan digilap bakat oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), pasti berat bagi anak muda asal Alor Setar ini meninggalkan kem Hijau Kuning.

“Saya tidak kemana-mana (berhijrah) dan kekal di Kedah tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Tamat badi kemarau jaringan antarabangsa

Khyril kini berada di Kuala Lumpur bagi menyertai pasukan Harimau Malaya yang dalam misi mempertahankan kejohanan Piala AFF Suzuki.

Berjaya menghasilkan satu jaringan ketika seri 1-1 berdepan Bangladesh pada 20 November lalu, ia sebenarnya jaringan pertama Khyril bersama pasukan Malaysia sejak kali terakhir meledak gol pada November 2008.

“Saya cukup puas dengan jaringan ini dan bersedia melakukannya lagi selepas ini,” katanya.

Beliau mengotakan janjinya apabila turut menyumbang salah satu gol pada pertemuan kedua Piala AFF Suzuki bertemu Laos, 28 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan Malaysia menang 4-1.

Semuanya untuk arwah ibu

Khyril akui gol keempat skuad Harimau Malaya berdepan Laos di Kejohanan Piala AFF Suzuki ditujukan kepada arwah ibunya, Norinson Yahya yang meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

"Gol ini untuk arwah. Semangat saya hadir daripada arwah mak (ibu)," katanya.

Begitupun, Khryil tidak beraksi pada aksi terakhir Kumpulan B menentang Indonesia pada Sabtu lalu akibat kecederaan pangkal paha.







0 comments:

Post a Comment

Sila Klik Disini Wahai Dermawan :D

 

Twitter Updates

Siapakah Sharizam Yusri?

Free Auto Backlinks From 1Malaysia